Thursday, 31 January 2013

AKU JATUH CINTA...

ok  just nak luahkan yang aku dah jatuh cinta?? perasaan yang dah lama terbendung and takde sapa yang boleh aku luahkan so my dear diary...LISTEN...

  minat dah lama tgok dari jauh je , walaupun sekejap saja dia muncul. first tertanya-tanya siapa si dia , lepas tengok and then wow comel nak-nak tang senyumannya...<3

suka tengok si dia senyum manis...apa lagi aku pun berbunga-bungalah tersenyum...macam dia senyum kat aku pulak , cehhh * berangan sekejap...

so aku dengan perasaan malu tapi mahu nih pon add la si dia dekat fb , even frenz dia beribu-ribu , aku dengan jari-jemari yang tak tertahan-tahan pun tertekan pulak butang add friend..ermm mesti dia susah kan nak approve. dah jodoh namanya , jenuh aku cari fb dia nasib baik member aku frenz dia klo tak ,  tak dapat lah kau kawan dengan aku ye...huhuhu

lama aku dok usha fb dia ( tak pernah-pernah usha fb org)...setakat time tu dia ada 3529 friends , giler tak ramai... adatlah orang femes , memang ramai lah yg suka...haish dia nak approve ke tak ekh? dah lah DP pun gambar malu , makhluk asing kah?...kihkihkih

sehari , dua hari  , tiga hari , and still xde good news..untill whatt?? friends dia tinggal 3527... seyes ke makin sikit ato mata aku yang salah tengok...tak kesahlah klo betul mesti dia nak kurangkan friends dia supaya dia boleh approve aku...hahahha*bersangka baikk :P

usha punya usha akhirnya aku give up!! aku dengan sayunya takkan pandang blakang lagi ...kenapa awak tak appv lagi tak sudi kawan dengan saya ke? ok saya paham...balik kampung bawa diri merajuk....sob sob :'(

aku cuti 5 hari sempena maulid arituh. esoknya aku pun online yelah kat kolej je boleh online ye pun , rumah xde wifi * bajet....;)

dah lama tak ziarah fb kesayangan ku ni  punyalah banyak notificationnye ( mata tengok atap tangan letak atas bahu). and guest what si dia accepted your friends request.... Ya Allah , mimpi ke aku? *bunga-bunga sakura jatuh dari langit...

ok kita dah friend kan awak....suka gituw...*gedikkzz , puihhh...
Allah je tahu perasaan aku time tu dengupan jantung takyah citer kang meletup mati sia-sia.... tapi adakah ini CINTA?

then semalam aku dapat tahu yang si dia is in relationship and  he just upload their pic sooo 'lovely' (with my honey)???? * berkecai kaca guruh petir~~

ITU SEMUA POYOOOOHH...=.='


jangan mudah berikan hati kita yang lembut ini kepada orang yang belum tentu menghargai kasih sayang kita...
jangan mudah percaya dengan kata hati kita yang belum tentu ada benarnya...
jangan mudah lepaskan hati kita dengan orang yang belum pasti jadi milik kita selamanya...
andai dikau jatuh cinta , cintailah mereka yang mencintai tuhanmu kelak itulah cinta sejatimu....
kuatkan hatimu , tetapkan imanmu wahai si penjatuh cinta...
cinta di dunia belum tentu dapat cinta di akhirat...

lepas hati aku yang kononnya berkecai ada member shared nih:-
firman Allah : "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik , dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik"
 ok , aku pegang prinsip tuh , jodoh Allah dah tetapkan...n_n

CINTA DUNIA CINTA SEMENTARA SEMATA-MATA....

ok nak dijadikan cerita  hari ni aku dapat tahu yang si dia dah putus...ermm boleh percaya ke? nampak lah dia dah fed up dengan cinta dia tuh sebab dia ada kata...

"jangan mudah syg org. sbb munkin org yg kite syg tu akn buat kite tersekse . ." 
"peminat tape la..tp yg lebih2 mmg takkn pcaye lg da"

see....klo dah jodoh , tak kemana... ishh klo dia baca abes mampus aku buek malu yo!! perasan ss *dush dush... (^_^)

 suka as fans tak salah kan , and hope ada perkembangan seterusnya.:)

and for si dia tabahkan hati , ikhlaskan hati and berusaha lebih lagi , carilah ilmu yang dapat membimbing hati kita ke jalanNya , teruskan semangat yang awak tunjukkan dahulu...saya sentiasa mendoakan yang terbaik... nak tengok senyuman awak yang comey angat tuh....

sekian....

#terasa semacam plak bersaya awak cehh....macam dok cayo aku kah yang tulis nih...
*simbah air satu baldi...




 sebolehnya letak banyak-banyak bior kasi faham sama anta....peace (n_6)v

Wednesday, 9 January 2013

Assalamualaikum...

tahun baru , azam baru , keyakinan baru , wajah baru , lembaran baru , tugasan baru , 
cinta baru...

#post pun baru :)

Monday, 3 October 2011

Titipan untuk si Gadis...

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."




      Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

      Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya biasa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang biasa dimiliki sesuka hati.
   
      Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.


      Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?


      Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?


      Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.


      Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.


      Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

      Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.


      Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku kearah tujuan yang satu.


      Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf a.s, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad SAW, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.


      Andainya kaulah jodohku yang tertulis di LauhMahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.


      Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.


      Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.


      Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi sekiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.


      Akan ku keringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam air mata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.


      Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.


      Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.


Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.



      Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah kuredha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, kuingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

Sunday, 2 October 2011

Kerana Dia...

Kerana kehidupan...aku dapat melihat dunia
Kerana kehidupan...aku dapat merasa dan merasai
Kerana kehidupan...aku dapat menyayangi dan disayangi
Kerana kehidupan...aku menemui kebahagiaan
Kerana kehidupan...aku mengalami kedukaan
Kerana kehidupan...aku mencari kenikmatan
Kerana kehidupan...aku menimba pengetahuan
Kerana kehidupan...aku sering jatuh cinta
Kerana kehidupan...aku sering terluka
Kerana kehidupan...aku gembira
Kerana kehidupan...aku sengsara
Kerana kehidupan...aku berbangga
Kerana kehidupan...aku mudah terleka
Kerana kehidupan...aku berjaya
Kerana kehidupan...aku jatuh terseksa
Kerana kehidupan mengajar aku erti kesabaran dan kecintaan...
Kerana kehidupan itu bukan sesuatu yang mustahil bagi Dia...
Kerana Dia aku mempunyai hati dan perasaan...
Kerana Dia sememangnya memiliki segalanya...
Kerana Dia jugalah adanya aku yang hina...
Dan kerana Dialah Sang Pencipta Kehidupan...





http://www.youtube.com/watch?v=03HcEcacjXk